Risalah Tarbiyyah (Edisi April 2009)

Risalah Tarbiyyah

…kerana kadang-kadang kita terlupa.

Dipetik:

(http://assadulkalantani.blogspot.com/2008/04/manusiaalam-dan-alam-kemanusiaan.html)

Manusia yang kebingungan…….
“kenapa daun itu hijau?”.Seorang teman pernah bertanya di kampung.Saya kaget mendengar pertanyaan yang semacam itu.Kenapa langit biru,kenapa ayam tidak boleh terbang,kenapa ikan hidup di dalam air dan bermacam 1001 persoalan lagi yang kadang-kadang membuatkan kita bingung akan hakikat penciptaan.Namun disebalik kebingungan saya itu,persoalan-persoalan tersebut secara halus membawa kembali kita untuk merenung alam.

Kata Pak Idris Sardi,pemain biola terkemuka muzik itu baginya bahasa rasa yang punya jalinan yang tersendiri.Maka alam yang luas ini sepatutnya juga menjadi bahasa rasa untuk mengungkapkan keagungan penciptanya dalam cara yang paling halus.Kita banyak belajar daripada alam,alam mendatangkan ilham dan menzahirkan asosiasi antara kita dan tuhan.

Alam…….
Alam menjadi sumber ikhtisas manusia,memelihara hambaNya.Tanda cinta Allah kepada kita.Maka dari kerana hebatnya penangan alam ini.Manusia mengabadikan alam ini dalam segenap perkara hidup,terutama masyarakat Melayu.Pujangga dahulukala sering mengangkat tema alam dalam madah mereka.Nah,lihat sahaja pantun dan gurindam seloka masyarakat Melayu.
Gunung daik bercabang tiga,
sampan kolek tambat di muara,
malam cerah bulan purnama,
mengapa tuan bermuram durja?

Kebergantungan kita terhadap alam memang tiada disangkal.Satu lagi contoh pemotretan alam dalam budaya Melayu ialah dalam sebuah cerita jenaka rakyat di Kelantan ‘the cradle of Malay tradition’ kata budayawan kerana kekayaan tradisinya.

Mengikut cerita pada suatu hari harimau yang kemarahan ditipu oleh babi mengejar binatang itu keliling kampung.Babi yang ketakutan terus berlari hingga akhirnya terlanggar sebatang pohon ketereh(gajus).Maka dari itulah kenapa babi hidungnya kemik akibat dari impak perlanggaran itu.Pohon ketereh pula sehingga sekarang tumbuh condong kerana dilanggar babi itu.Kebetulan ketika itu seekor semut berda berdekatan.Diceritakan pinggang semut menjadi kecil akibat ketawa yang melampau melihat hidung babi yang cacat.Mendengar keadaan yang bising itu,biji ketereh(gajus) pun keluar dari buah untuk melihat apa yang terjadi,akibat terlalu lama keluar,buah tersebut menguncup lalu bijinya yang tidak sempat masuk tertinggal diluar buah.

Mengapa tuhan memerintahkan manusia melihat alam?Melihat kejadian unta<88:17>,burung-burung<67:19>,lebah membuat sarang<16:68> dan bermacam lagi.Maka jelasnya kerana dalam alam itu terdapat tanda bagi orang yang berfikir.Tanda apa?Yang jelas bukan tanda baca seperti noktah,koma,seru atau seringkali diakhiri tanda soal dalam pemikiran manusia.Bukan juga pen penanda(marker pen).Tapi lebih kepada papan tanda.

Sebagaimana ‘signboard’ yang mempunyai symbol untuk memberi ingatan kepada undang-undang trafik.Maka alam juga merupakan suatu metafora halus untuk memberi peringatan tentang ‘the ultimate Force’ yang menjadikan kita.Makanya kalau kita ingkar,tuhan juga akan mengenakan kompaun(tak boleh bayar dekat JPJ)

Tanah….
Mengapa Adam dijadikan daripada tanah?Jika kita sebaik-baik kejadian mengapa tidak dijadikan juga dari yang sesempurna ciptaan?Puas saya mencari signifikasi tanah dan manusia dan akhirnya saya temui satu konklusi.Pertama kerana dari tanah itu tumbuhnya hidupan.Maka apabila kita merenung alam sepertinya kita kembali kepada asal kejadian.betapa dekatnya kita dengan tanda kekuasaan Allah.maka bukan sekadar merenungi tapi merasai alam itu dalam diri.

Kedua kerana Allah telah mewujudkan satu metafora yang cukup cantik.Tanah yang subur memerlukan air.Jadi ibadah justeru penting kerana dimulai dengan wuduk.Sebagaimana hujan dan bumi,begitulah wuduk menyuburkan iman didalam diri kita.jadi apabila jiwa kita ini telah subur akan tumbuhlah rumput yang cekal hati itu,yang punya survival biar dicampak ke gurun Sahara mahupun tundra Artik.Inilah iman yang kita mahu.

Ketiganya kerana tanah itu wujudnya bermacam-macam,tidak satu jenis.Adanya tanah pasir,tanah liat,tanah aluvium,tanah laterit,kaolin dan sebagainya.Sebegitu jugalah manusia yang punya bermacam ragam.Jadi dalam dakwah ini kita seharusnya lebih kreatif untuk mendepani masyarakat.menerangkan Islam kepada anak kecil sudah pasti tidak sama dengan orang dewasa.


Alam Kemanusiaan…..
Putus bicara saya namun alam tetap dengan gemersik melodi rimbanya.Manusia dewasa dari alam.Alam itu nirmala.Maka kita harus menjadi lebih ekstrovert dalam batas dengan langkah pragmatic untuk mencorak alam kita pula.Teman juga pernah mengungkap,kenapa orang asli tidak wujud pula masalah social?

Jawapan mudah saya kerana mereka mengalamkan manusia,bukan memanusiakan alam.Budayawan barat mengungkap primitifnya manusia purba kerana mereka dikuasai alam.Jadi kita menjadi moden kerana kita menguasai alam.namun lihat sahaja sekeliling.impaknya terlalu besar.Hingga akhirnya kita terpaksa tunduk semula kepada kuasa alami.

Jelas bukan kasusnya dengan hal orang asli.mereka mengolah rimba dalam cara yang paling halus.Maka rimba mendidik mereka supaya patuh kepada hukum alam,atau sunnatullah lebih jelas lagi.Fikir-fikirkanlah kembali kewajaran kita dalam membentuk alam kemanusiaan.

“katakanlah:perhatikanlah apa-apa yang dilangit dan dibumi,Tetapi tidak bermanfaat keterangan dan peringatan bagi kaum yang tiada beriman”<10:101>

“andai agama dikias seperti pohon tebu,dan zaman-zaman masyarakat Islam itu dikelas mengikut ruas,pasti kita berada di pucuk,ruas paling tawar kerana kurangnya manis Islam”

*Risalah Tarbiyyah akan insya-Allah diterbitkan pada setiap bulan oleh Lujnah Tarbiyyah.

Suara Asal

Dalam satu kisah, ada seekor anak harimau yang telah terpisah daripada ibunya. Akhirnya anak harimau itu telah bertemu dengan sekawan kambing, dan akhirnya ikut bersama dengan anak-anak kambing itu. Ia telah membesar dalam kawanan kambing tersebut. Makan, minum dan bermain dengan anak-anak kambing.


Hari demi hari, bulan demi bulan. Sehingga ia terlupa siapakah ia sebenarnya. Pada satu hari, sekumpulan anak kambing telah berpakat untuk membuli anak harimau tersebut. Mereka mula mengejek-ejek anak harimau itu. Daripada ejeken, kini mereka menanduk-nanduk si anak harimau.

Oleh kerana tidak tertahan ditanduk di sana sini, anak harimau itu mula meminta tolong, dengan suara seekor kambing, "Embeeek...! Embeeeeek...!" Semakin ia meminta tolong, semakin galak anak-anak kambing menanduknya. Akhirnya, oleh sebab tidak tertahan lagi dek kesakitan yang ditanggungnya, tiba-tiba terkeluar suara asal seekor harimau, "Auummm...! Auuuumm...!"

Anak-anak kambing itu terkejut dan kebingungan, lalu terus bertemoiaran lari. Akhirnya, 'suara asal' seekor harimau telah terkeluar, dan terzahirlah kesan atau impak yang sungguh hebat!! Umat ini begitu juga. Kita telah terlalu leka, sehingga kita telah lupakan 'suara asal' kita! Kita lupa, sebagai umat Muhammad yang mempunyai kalimah laa ilaha illa Allah, kita ada suara yang tersendiri. Oleh sebab telah berkurun lamanya kita terkesan dengan suara orang lain, maka kita juga mula bersuara dengan suara orang lain. Kita hampir lupa secara total, bagaimanakah suara kita yang sebenar.

Kita di sini merujuk kepada umat secara amnya. Maknanya, kita secara umat telah terlupa bagaimanakah suara asal kita yang sebenarnya. Apabila kita telah hilang suara asal umat ini, maka segala kehebatan, ketinggian dan kemuliaan umat ini turut juga hilang samalah seperti cerita anak harimau tadi.

*Tazkirah Jumaat 03/04/2009.
Dipetik daripada buku 'Azan:Dakwah yang Sempurna' karya Ust Mohd Gunawan Che bin Aziz.
Daripada Abu Hurairah r.a , Nabi s.a.w bersabda " Islam bermula dalam keadaan terasing.Ia akan kembali terasing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah bagi orang yang terasing."

(riwayat Muslim)

Kata-kata Pujangga

Ilmu pengetahuan adalah lidah yang selalu basah bertanya dan akal yang selalu berfikir.

(anonymous)

Renungan Musafir

dulu...

yang hilang diganti,
yang sesat dicari,
yang luka diubati,
yang baik disayangi,
yang nakal dinasihati,
yang hebat disanjungi,
yang berbudi dipuji,
yang rosak dibaiki,
yang amanah dihormati,

kini...

yang pergi senantiasa diingati,
dekat di hati...

musafirku!!!pergillah...

(roger)