Al-Fatihah..

Jelaslah betapa ajal tak mengenal usia. Hari ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang insan seni yang juga merupakan pejuang dakwah, Ustaz Asri Ibrahim yang dikenali ramai sebagai ketua kumpulan nasyid Rabbani.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Segala karya beliau yang banyak membantu jalan dakwah sememangnya akan menjadi bekalan yang berkekalan untuknya di alam sana, insya-Allah. Al-Fatihah.


"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke mana pun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."

Allahyarham Asri Ibrahim
03/08/1969 - 13/08/2009

Peribadi Rasulullah

Pendapat pemikir-pemikir hebat dunia tentang Rasulullah s.a.w. :



Dengarkan pula nasyid ini:

Dawud Wharnsby Ali - Don't Talk to Me About Muhammad



Nasyid di atas ditulis oleh Dawud Wharnsby Ali berdasarkan sebuah hadith yang menggambarkan akhlak Rasulullah s.a.w. yang sangat luar biasa! Secara ringkasnya, seorang pemuda yang prihatin menawarkan diri untuk menolong seorang wanita tua yang beragama pagan untuk membawakan barangannya. Sepanjang perjalanan mereka, wanita tua itu sering kali mencaci dan memburuk-burukkan nama Muhammad berdasarkan berita yang didengari olehnya.

Meski pun cacian dan makian yang dinyatakan oleh wanita tua tersebut hanyalah sekadar fitnah, namun lelaki tersebut tetap berdiam diri dan terus menolong membawa barangan wanita tua tersebut. Wanita tua tersebut pula semakin tertarik dan senang hati dengan akhlak anak muda yang prihatin tersebut.

Akhirnya, sebelum berpisah, wanita tua tersebut bertanyakan nama pemuda tersebut. Rupa-rupanya, lelaki itulah Muhammad! Lantas, wanita tua tersebut terus menangis dan mengucapkan syahadah!

Bukanlah pengislaman wanita pagan tersebut yang menjadi fokus utama dalam hadith tersebut, namun betapa indahnya akhlak Rasulullah. SubhanaLLAH, indahnya akhlak Rasulullah!
Daripada Abu Hurairah r.a , Nabi s.a.w bersabda " Islam bermula dalam keadaan terasing.Ia akan kembali terasing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah bagi orang yang terasing."

(riwayat Muslim)

Kata-kata Pujangga

Ilmu pengetahuan adalah lidah yang selalu basah bertanya dan akal yang selalu berfikir.

(anonymous)

Renungan Musafir

dulu...

yang hilang diganti,
yang sesat dicari,
yang luka diubati,
yang baik disayangi,
yang nakal dinasihati,
yang hebat disanjungi,
yang berbudi dipuji,
yang rosak dibaiki,
yang amanah dihormati,

kini...

yang pergi senantiasa diingati,
dekat di hati...

musafirku!!!pergillah...

(roger)