THE FORTY SACRED HADITH

The first of people against whom judgment will be pronounced on the Day of Resurrection will be a man who died a martyr.
He will be brought and Allah will make known to him His favours and he will recognize them. [The Almighty] will say: And what did you do about them? He will say: I fought for you until I died a martyr. He will say: You have lied - you did but fight that it might be said [of you]: He is courageous. And so it was said. Then he will be ordered to be dragged along on his face until he is cast into Hell-fire. [Another] will be a man who has studied [religious] knowledge and has taught it and who used to recite the Quran. He will be brought and Allah will make known to his His favours and he will recognize them. [The Almighty] will say: And what did you do about them? He will say: I studied [religious] knowledge and I taught it and I recited the Quran for Your sake. He will say: You have lied - you did but study [religious] knowledge that it might be said [of you]: He is learned. And you recited the Quran that it might be said [of you]: He is a reciter. And so it was said. Then he will be ordered to be dragged along on his face until he is cast into Hell-fire. [Another] will be a man whom Allah had made rich and to whom He had given all kinds of wealth. He will be brought and Allah will make known to his His favours and he will recognize them. [The Almighty] will say: And what did you do about them? He will say: I left no path [untrodden] in which You like money to be spent without spending in it for Your sake. He will say: You have lied - you did but do so that it might be said [of you]: He is open-handed. And so it was said. Then he will be ordered to be dragged along on his face until he is cast into Hell-fire.
It was related by Muslim (also by at-Tirmidhi and an-Nasa'i).

TAZKIRAH HARI INI :

Maksud firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatau kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (An Nisaa':8)

<>

Sambutan Maulidur Rasul 2010

Terkenang akan jasa dan pengorbanan insan kekasih Allah yang sangat mulia dan maksum, pihak BUSAS telah mengambil inisiatif mengadakan Majlis Maulidur Rasul bagi memperingati lahirnya seorang insan bernama Muhammad bin Abdullah
Abdullah bin Amr melaporkan, "Kami semua mengikut Rasulullah dalam satu perjalanan jauh. Kemudian kami turun berhenti di suatu tempat rehat. Antara kami ada yang mendirikan khemah, berlatih memanah, dan menjaga haiwan-haiwan ternakannya.

Kemudian, juru seru Rasulullah mengumumkan, 'Mari sembahyang secara berkumpulan!' Lalu kami semua berkumpul di tempat Rasulullah.

Baginda kemudian bersabda, 'Percayalah, semua nabi sebelum saya berhak memberitahu para pengikutnya segala kebaikan yang membawa manfaat pada mereka. Mereka juga memberi amaran kepada para pengikutnya berkaitan segala keburukan yang membahayakan mereka. Percayalah, keselamatan umat Muhammad ini diletakkan pada bahagian awal, manakala bencana berlaku pada bahagian akhir. Akan berlaku beberapa isu yang saudara-saudara menentangnya kerana bertentangan dengan hukum Allah. Selain itu, timbul beberapa fitnah. Sebahagian daripada fitnah menyebabkan fitnah-fitnah lain bagaikan menjadi ringan.

Terdapat pula fitnah, lalu berkatalah orang yang beriman, 'Inilah yang menyebabkan kita rosak.' Akhirnya, fitnah itu lenyap. Juga timbul fitnah lain, lalu berkatalah orang beriman, 'Ini! Inilah fitnah paling besar!'

Sesiapa yang suka dijauhkan daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, hendaklah dia yakin pada Allah dan hari akhirat semasa berdepan saat-saat kematiannya. Dia juga melakukan kepada orang lain sebagaimana dia suka orang lain melakukan kepadanya.

Sesiapa yang bersumpah setia kepada pemimpin dengan berjabat tangan dan sepenuh hati, dia mesti taat kepada pemimpin itu dengan sedaya-upayanya. Sekiranya terdapat mana-mana pihak cuba merampas kekuasaan pemimpin itu, hendaklah dia memerangi para penentang itu.' "

-Riwayat Muslim-

*Hadith di atas saya petik daripada buku 'Tip-tip Pemimpin : Koleksi Terpilih daripada Kitab Riyadus Solihin' karya Imam Nawawi. Sekadar untuk renungan bersama, bersempena bulan muhasabah ini. =)
Daripada Abu Hurairah r.a , Nabi s.a.w bersabda " Islam bermula dalam keadaan terasing.Ia akan kembali terasing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah bagi orang yang terasing."

(riwayat Muslim)

Kata-kata Pujangga

Ilmu pengetahuan adalah lidah yang selalu basah bertanya dan akal yang selalu berfikir.

(anonymous)

Renungan Musafir

dulu...

yang hilang diganti,
yang sesat dicari,
yang luka diubati,
yang baik disayangi,
yang nakal dinasihati,
yang hebat disanjungi,
yang berbudi dipuji,
yang rosak dibaiki,
yang amanah dihormati,

kini...

yang pergi senantiasa diingati,
dekat di hati...

musafirku!!!pergillah...

(roger)