Maka sudah tersurat sejak dahulu kala sebuah organisasi yang bersifat dan ke arah keagamaan ditubuhkan atas nama BADAN UGAMA SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH sejak tertubuhnya Sekolah Alam Shah di Cheras. Kini tapak operasi BUSAS sudah beralih ke pusat pentadbiran Malaysia di Putrajaya. Ehhh..... jangan keliru pula! BUSAS berpindah kerana Sekolah Alam Shah yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Alam Shah berpindah ke tapak baru yang sangat hebat.
Adapun tugas AJK BUSAS adalah berat untuk memastikan pelajar SSAS yang sememangnya kacak, hebat dan bijak ini berada di jalan yang lurus iaitu Islam dan mengamalkan amar makruf nahi munkar. Biarpun kadangkala ditentang hebat oleh saudara se-Islam sendiri, para pejuang ini tidak mengenal erti putus asa dalam menegakkan kebenaran dan mewujudkan suasana Islam (Islamic environment) di SSAS.
2010,tahun FIFA World Cup....ops, tahun di mana organisasi dakwah iaitu BUSAS akan melalui proses penjenamaan semula secara total. Insya-Allah. Maksudnya, yang hebat akan lebih hebat, yang mantap akan lebih mantop, dan yang kacak akan tambah bergaya. Moga-moga hasrat murni kami tercapai dengan sokongan para guru dan pelajar. Dengan moto " KELUHURAN SAHSIAH MANIFESTASI USAHA TARBIYYAH ", setiap ahli dan AJK berusaha gigih di jalan Allah. Tujuannya hanya satu, untuk melahirkan insan yang berilmu,beriman dan beramal.
Marcapada, masyarakat Islam ditindas dan dihina di seluruh dunia. Lihat sajalah di Palestin, Iraq, Afghanistan dan banyak lagi. Situasinya berbeza di negara ini di mana umatnya menindas sesama sendiri dan terlampau bersifat hedonistik. Bilakah akan muncul seorang anak muda yang bangkit menyebarkan Islam seperti Salahuddin al-Ayubi, Sultan Muhammad al-Fateh dan mujahid-mujahid lain seperti ilustrasi di atas. Mampukah remaja kini bertempur di medan perang dan mati syahid, mampukah remaja kini membentuk semula sistem khalifah dan khilafah Islam, mampukah kita secara khususnya menguasai 1/3 dunia seperti dahulu, bolehkah muncul kembali zaman kegemilangan Islam seperti Khulafa' Rasyidin, Turki Uthmaniah, Abasiah dan banyak lagi.
Tuntasnya, persoalan-persoalan inilah yang AJK BUSAS cuba ketengahkan dalam kalangan umat Islam di SSAS dan mungkin di seluruh dunia. Akhir kata, sekalung ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada semua pihak sama ada dari kalangan guru atau pelajar yang banyak membantu organisasi ini supaya terus berkembang dan berjaya mencapai matlamatnya. Sekian sahaja dari editor, wassalam....
busas0610publications
Daripada Abu Hurairah r.a , Nabi s.a.w bersabda " Islam bermula dalam keadaan terasing.Ia akan kembali terasing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah bagi orang yang terasing."
(riwayat Muslim)
(riwayat Muslim)
Kata-kata Pujangga
Ilmu pengetahuan adalah lidah yang selalu basah bertanya dan akal yang selalu berfikir.
(anonymous)
(anonymous)
Renungan Musafir
dulu...
yang hilang diganti,
yang sesat dicari,
yang luka diubati,
yang baik disayangi,
yang nakal dinasihati,
yang hebat disanjungi,
yang berbudi dipuji,
yang rosak dibaiki,
yang amanah dihormati,
kini...
yang pergi senantiasa diingati,
dekat di hati...
musafirku!!!pergillah...
(roger)
yang hilang diganti,
yang sesat dicari,
yang luka diubati,
yang baik disayangi,
yang nakal dinasihati,
yang hebat disanjungi,
yang berbudi dipuji,
yang rosak dibaiki,
yang amanah dihormati,
kini...
yang pergi senantiasa diingati,
dekat di hati...
musafirku!!!pergillah...
(roger)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan