hidayah datang lagi?

Kebanyakan dan hampir semua antara kita, paling tidak pun, mesti akan terfikir untuk berubah menjadi lebih baik walaupun sedikit.
Itu bermaksud, hidayah Allah itu datang lagi.
Kenapa 'lagi'?
Sebab ketahuilah Allah itu menyayangi hamba-hambaNya
dan sentiasa melimpahkan kasih-sayangNya (rahmatNya) kepada kita.
Pernah tak terasa, bila kita buat sesuatu yang salah, kita akan terasa sesuatu
seperti ada lintasan di dalam hati,
yang membuatkan hati kita tak sedap untuk melakukannya,
lantas kita berhenti,
tapi kita tak tahu apakah perasaan itu?
Atau,
pernah tak terasa, bila kita duduk saja-saja,
kita reflect kehidupan kita sebelum-sebelum ni,
kita rasa kita nak berubah?
Ketahuilah,
Itulah antara perasaan-perasaan yang kita rasa,
apabila Allah melemparkan hidayahNya.
Secara kita sedar tak sedar,
Bila kita menyimpang dari jalanNya yang lurus
Dia akan 'tarik' balik kita ke jalan yang sepatutnya
Tapi kita manusia,
kadang sedar, kadang tak.
Yang sentiasa tak lari daripada kesalahan.
Yang selalu terfikir bahawa kita punya masa untuk berubah di masa hadapan
So, kita menyimpang balik ^^
Tapi kasih sayang Allah itu luas.
Dia tarik balik kita ke jalan yang lurus dengan berbagai cara.
Lintasan hati, suasana sekeliling, peristiwa, dan berbagai lagi.
Jadi, apabila hidayah Allah itu datang, garablah.
Sebab sebenarnya hidup kita tak lama.
Sebab hidayah Allah itu mahal.
Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya
kepada jalan yang lurus [2 : 213]
Dan, perubahan itu tak perlu drastik.
Kerana sifat gopoh itu tidak efficient.
Dan membuatkan kita balik kepada perangai yang lama.
Berubahlah sedikit-sedikit.
Carilah kawan dan persekitaran yang membantu :)
Hidayah itu ibarat cahaya. Ia tidak akan menyapa kamar yang tidak
dibuka jendelanya.
Bukalah hati untuk disapa hidayah itu. InsyaAllah akan terasa kemanisannya :)
Teruskanlah berdoa. Kerana rahmat kasih sayang Allah itu tidak pernah putus terhadap hamba-Nya
*this is a reblog. thanks bro and the other bro n my friend for the permission =)
it's simple but it makes us think very deeply.
think about it. it's time to lower our ego and change for the better.
" ala ... nnt kalau aku berubah, org ckp aku alim la ape la "
" i might lose some friends ..... "
" but I love my current life ?!?!?! "
tahukah anda,
mengikut hadith, zaman umat Nabi Muhammad dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa
" masa kenabian itu ada di tengah tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya
selanjutnya adalah masa khilafah yang mengikuti jejak kenabian ( khilafah 'ala minhaj an-nubuwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya
selanjutnya masa kerajaan yang menggigit ( Mulkan' Adhan ) adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya
setelah itu masa kerajaan yang menyombong ( Mulkan Jabariyyan ) adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya
selanjutnya adalah masa khilafah yang mengikuti jejak kenabian ( khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah )
kemudian beliau ( Nabi ) diam "
- Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuadman bin Basyir dari Hudzaifah
Mengikut Rasulullah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika nabi masih hidup -zaman ini sudah berlalu
Kemudian, datang pula zaman pemerintahan yang menikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat umat islam diperintah oleh Khulafa' Rashidin - zaman ini sudah berlalu
Kemudian, datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang "menggigit". " Menggigit" dalam hadith tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniah yang berkuasa menggunakan sistem monarki- zaman ini telah berlalu
Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela - dah fasa itu ialah zaman sekarang
Kemudian, setelah berlakunya fasa keempat, akan datang fasa 5
Pada fasa ke 5, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam
Setelah habis mengenai fasa tersebut, tiba tiba Rasulullah S.A.W diam
Dan diam tersebut bermaksud "sejarah manusia sudah tamat "
Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke 4 ni akan kedatangan satu fitnah, fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia, itulah fitnah Al-Masih Ad-Dajjal
Dajjal tidak akan datang pada fasa ke 5 kerana kekuasaan telah berada di pihak orang orang yang beriman
Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke 5 kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia telah tamat
Hanya fasa ke 4 sahaja peluang untuk iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin ke neraka
dan fasa ke 4 itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya SEKARANG
so ? are we ready to face this ?
mungkin lepas baca note ni anda akan rasa takut and terus nak berubah.
mungkin anda tak kesah.
and mungkin terdetik di hati "ala kalau aku berubah pun, sebab takut, bukan kerana Allah, buat apa, niat pun dah salah ?"
Terfikir tak anda kalau ini "mungkin hidayah untuk aku ?" Hidayah datang, lagi ?
Minggu ni je, ada sorang anak kenalan family meninggal dunia, ada sorang kawan abah kena stroke, ada sorang lagi jatuh sakit and terus lupa ingatan.
Hidayah datang, again and again.
"Takpelah, kalau taknak berubah sekarang, nanti hidayah datang lagi, kan ? "
Hurm. Ok, but what if, sebelum hidayah datang again, ajal datang dulu ?
Astagfirullahalazim.
Sama-sama kita remind each other. InsyaAllah
Saya share sebab saya care kat awak sume.
Mengapa Saya Masuk Islam?-Yusuf Islam
Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.
Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.
Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.
Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.
Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.
Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.
Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.
Titik Permulaan
Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.
Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.
Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.
Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.
Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.
Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.
Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.
Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.
Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.
Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.
Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."
Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.
Melawat Jerusalem
Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.
Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.
Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.
Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.
Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.
Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!
Kita Bukan Hipokrit...
"Eleh, kau pakai tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!"
"Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik la weyh!"
"Eh, sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!"
Sakit telinga mendengar. Sakit lagi dalam hati. Kerana itu, ramai yang tersungkur. Hasrat mahu berubah, terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini. Inilah cabaran orang yang mahu berubah. Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini.
Persoalan saya, adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit?
Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani. Maka,
izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.
Janganlah berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.
Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga. Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi. Kemudian, satu
lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.
Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau hipokrit yang diberikan orang. Tuduhan yang
tersangat salah! Saya tertarik dengan satu hadis:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.
Saya paling tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menagis'. Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? Adakah kita mahu
menipu Allah?
Tidak. Sama sekali tidak. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia. Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku.
Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kita
keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.
Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik! Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.
Untuk mencapai kesempurnaan iman, jangan takut mencuba menerima cacian.
Kesimpulan
Jangan peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah pasti akan suka, jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka. Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?
Selepas ini, jika ada lagi orang kata 'kau munafik', maka balaslah, "So what?"

KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
ISRAK MIKRAJ
Isra dan Mi'raj
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.
Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tecantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'. Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
- Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
- Jibril juga mengajari Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
- Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitoh dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
- Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
- Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.
Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.
Khilaf(Perselisihan) tentang tarikh Israk Mikraj
Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.
- Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
- Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
- Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
- Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
- Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
- Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
- Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
- Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
- Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
- Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
- Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.
Laporan Mesyuarat Agung Badan Ugama Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya Bersama Pihak Pentadbir Kali Pertama Tahun 2010

BADAN UGAMA SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
(BUSAS) 2010
MUQADDIMAH
Secara amnya, Badan Ugama Sekolah Sultan Alam Shah atau lebih dikenali sebagai BUSAS merupakan sebuah badan pembantu tadbir yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan pelajar-pelajar Muslim terutamanya dalam aspek-aspek yang berteraskan rohaniah dan spiritual. Hal ini bermaksud segala perkara yang berkaitan dengan agama Islam amat relevan dengan peranan dan obligasi badan ini.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Ø Berikhtiar untuk mengawasi akhlak pelajar-pelajar Islam di Sekolah Sultan Alam Shah.
Ø Menghubungkan ukhuwah silaturahim dalam kalangan pelajar dan warga Alam Shah.
Ø Berusaha mewujudkan Bi’ah Solehah (suasana baik) di Sekolah Sultan Alam Shah.
Ø Berikhtiar untuk mewujudkan suasana keIslaman di Sekolah Sultan Alam Shah.
Ø Mentadbir dan mengurus organisasi BUSAS secara professional dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Ø Melahirkan produk Alam Shah yang beriman dan beramal soleh di samping mampu bersaing di peringkat dunia
MOTTO
KELUHURAN SAHSIAH MANIFESTASI USAHA TARBIYYAH
LOGO BARU

DISKRIPTIF LOGO
MERAH : Keberanian dan kekuatan rohani dan jasmani dalam perjuangan membina insan.
BIRU : Ikatan ukhuwah yang erat antara satu sama lain
PUTIH : Kesucian dan keluhuran peribadi individu muslim
KUNING : Agama Islam itu keutamaan
SAS : Semangat kesetiaan terhadap jihad pelajaran dan jihad manusia yang glokal.
RASIONAL BADAN UGAMA SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
Sebagai pelajar Muslim yang ingin menjadi modal insan yang bertaraf dunia, kemantapan sahsiah menjadi sesuatu anasir yang perlu. Oleh itu, BUSAS telah ditubuhkan atas dasar menggerakkan para pelajar kearah Mardhotillah (keredhaan Allah). Suasana inilah yang seharusnya diwujudkan bagi menyiapkan para pelajar dengan tatapan rohani yang boleh membawa kejayaan di dunia dan di akhirat.
AHLI BADAN UGAMA SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
a) Keahlian
Semua pelajar Muslim Sekolah Sultan Alam Shah menganggotai Badan Ugama Sekolah Sultan Alam Shah (BUSAS) 2010 secara automatik. Oleh itu, seluruh pelajar terlibat dengan segala aktiviti yang dijalankan.
b) Hak Ahli
Ø Ahli berhak menghadiri Muktamar Sanawi (Mesyuarat Agong Tahunan) BUSAS.
Ø Ahli berhak menyuarakan pendapat, kritikan dan teguran membina kepada mana-mana ahli jawatankuasa BUSAS yang dilantik untuk sesi 2010.
Ø Ahli berhak menyertai segala aktiviti (yang dikhususkan kepada semua ahli) yang dirancang oleh pihak BUSAS 2009.
Ø Ahli berhak mengetahui kedudukan kewangan BUSAS 2010 dari semasa ke semasa.
c) Tanggungjawab Ahli
Ø Memberi kerjasama sepenuhnya kepada ahli jawatankuasa BUSAS yang telah dilantik.
Ø Menerima segala teguran dan melaksanakan segala arahan yang dikeluarkan oleh guru-guru penasihat serta AJK BUSAS selagi mana tidak melanggar syariat Islam dan peraturan sekolah.
Ø Menjadi seorang anak yang soleh serta patuh kepada suruhan Allah, Rasulullah, ibu bapa dan guru.
Ø Menjaga dan memelihara akhlak serta peribadi diri dengan sebaik mungkin.
Ø Tidak sesekali melanggar larangan Allah dan peraturan sekolah.
Ø Belajar bersungguh-sungguh di samping mengamalkan nilai-nilai mahmudah.
CARTA ORGANISASI BADAN UGAMA SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (BUSAS) 2010
PENAUNG
TUAN HAJI MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB
KETUA GURU PENASIHAT
USTAZ MUHAMMAD FAKHRURRAZI BIN ARIFFIN
GURU-GURU PENASIHAT
USTAZ MOHD NORDIN BIN MOHD TOHIR
USTAZ RAMLI BIN AHMAD
USTAZ ABU MANSOR AL-MATURIDI BIN TAIB
USTAZAH RUSUWATI BINTI OTHMAN
USTAZAH NABILAH BINTI MUKHTAR
USTAZAH SITI DZALIHA BINTI MINHAT
USTAZAH MAHFUZAH BINTI CHE COB
PUAN SARMINAH BINTI SALIM
USTAZAH NURUL SYAZWANI BINTI IDRIS
USTAZAH NORUL HIDAYAH BINTI SHARUDIN
PRESIDEN
MOHD FADZRUL HANIF BIN FADZILAH
TIMBALAN PRESIDEN
MUHAMMAD FARID BIN MOHAMED DALI
SETIAUSAHA AGUNG
FAZZMAL HUZAIRIE BIN JAMALUDIN
TIMBALAN SETIAUSAHA
AMIRUL HAZIM BIN NAZAR
BENDAHARI KEHORMAT
KHAIRUL ARIF BIN RAZALI
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA BUSAS 2010
a) Tingkatan 5
1. Muhammad Farid bin Mohamed Dali
2. Fazzmal Huzairie bin Jamaludin
3. Mohd Fadzrul Hanif bin Fadzilah
4. Mohd Eazarizal Hakimiey bin Yusoff
5. Umair Bin Zanil
6. Muhammad Faeeq Wafiy bin Rosli
7. Mohamad Ehsan bin Mohamad Rosdi
8. Muhammad Ikram bin Ismail
9. Muhammad Taufik bin Awang
10. Muhamad Firdaus bin Mohd Nor
11. Khairul Arif bin Razali
12. Akhbar Amin Bin Mohamad
13. Ainul Hazeem Bin Ainudin
14. Ahmad Hazim Bin Norahmadi
15. Mohamad Nor Iqbal Bin Abdul Aziz
16. Muhammad Adli Bin Badiau Zaman
17. Mohd Azfar Bin Mohamad Raffidi
c) Tingkatan 4
1. Muhammad Munqeez Syahmi bin Othman
2. Noorhisyam bin Rosli
3. Muhamad Faizal bin Mohamad
4. Wan Ahmad Syauqi bin Wan Abdul Rahim
5. Muhammad Nazmi bin Ahmad
6. Mohamad Nur Azrin Bin Mohd Nor
7. Amirul Hazim bin Nazar
8. Iddin Zul Hakim bin Ahmad Zulkarnain
9. Abdul Hakim bin Rosaidi
10. Muhammad Azam bin Paku Rozi
11. Muhammad Iqbal Hamdi Bin Zolkifle
12. Muhammad Mustaqim Bin Ahmad Huzaini
13. Muhammad Zharif Bin Zainal Abidin
14. Hafeez Bin Alias
d) Tingkatan 3
1. Amirul Ashraf bin Azhar
2. Azizi Bin Arbain
3. Wan Mohd Azril bin Wan Hasnuddin
4. Mohamad Amir Hisyam bin Hazarudin
5. Muhamad Ilmam bin Muhamad Jamil
6. Khairul Afif Hazim bin Khairul Nisak
7. Mohamad Azmin bin Zainuddin
8. Muhamad Afiq bin Muhamad Bazli
9. Muhammad Aizat bin Nizam Shah.
10. Ismail bin Azran
11. Muhammad Afiq Bin Jasmi
12. Muhammad Afif Ajmal Bin Sidek
13. Mohamad Arif Afzal Bin Mohamad Amin
d) Tingkatan 2
1. Wan Amirul Asyraf Bin Wan Shamsir Nizam
2. Amirul Faiz Bin Nornizam
3. Muhammad Najmi Bin Zainudin
4. Muhammad Afieq Azwa Bin Azman
5. Muhammad Adil Wafi Bin Muhammad Zaini
6. Muhammad Adil Wahi Bin Muhammad Zaini
7. Qurnia Sabbran Redha Bin Shahizan
8. Ahmad Nasri Bin Gazali
9. Ahmad Maheer Bin Khusaini
10. Yusoff Bin Mohamed
11. Megat Imran Ikram Bin Megat Kamarudin
12. Muhammad Faris Bin Rosnan
13. Muhammad Amin Bin Mazlan
14. Muhammad Ikwan Sarifuddin Bin Ismail
PERANAN AHLI JAWATANKUASA BUSAS 2010
a) Umum
Antara peranan yang perlu dimainkan oleh AJK BUSAS 2010:
Ø Mencari keredhaan Allah dalam apa jua yang dilakukan.
Ø Ikhlas dan bertanggungjawab dalam melaksanakan matlamat dan tugas BUSAS kerana Allah.
Ø Memelihara imej BUSAS sebagai sebuah badan dakwah dan rohani.
Ø Menonjolkan diri sebagai pemimpin dan khalifah yang sebenar dalam kalangan pelajar dan umum.
Ø Mengambil peluang yang ada untuk menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan terutamanya ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
Ø Sentiasa mengamalkan yang makruf dan meninggalkan atau mencegah yang mungkar.
Ø Bersikap tenang dan professional dalam menjalankan tugas atau tatkala menyelesaikan sebarang masalah.
Ø Berusaha memperbaiki diri serta memantapkan amalan ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Ø Berusaha untuk mengamalkan cara hidup Islam secara syumul (menyeluruh).
Ø Sentiasa bertawakkal kepada Allah dalam segala amalan setelah berusaha bersungguh-sungguh.
Ø Mempunyai keyakinan diri dan berani dalam menjalankan amanah Allah.
b) Khusus
1. Presiden
Ø Bertanggungjawab ke atas organisasi ini secara keseluruhan.
Ø Membuat keputusan muktamad sekiranya syura tidak dapat menghasilkan suatu keputusan yang baik.
Ø Membentuk dan memantapkan organisasi ke tahap optimum.
Ø Mengetuai semua ketua lujnah yang telah dilantik.
Ø Memastikan segala aktiviti dan matlamat BUSAS tercapai dengan jayanya.
Ø Memastikan semua AJK BUSAS menjalankan tugas seperti yang telah dipertanggungjawabkan.
2. Timbalan Presiden
Ø Memangku segala tugas Presiden semasa ketiadaannya.
Ø Mempengerusikan semua syura yang diadakan.
Ø Membantu Presiden dalam segala hal dan tugas yang dijalankan.
Ø Menyelaras segala aktiviti dalam setiap lujnah.
3. Setiausaha Agung
Ø Mencatat minit syura semasa syura dijalankan.
Ø Menyediakan minit syura yang lalu sebelum syura yang seterusnya dibuat supaya dapat disahkan.
Ø Menyiapkan laporan aktiviti dalam buku laporan BUSAS.
Ø Menghantar laporan setiap aktiviti dan minit syura yang telah disahkan kepada Guru Penasihat pada setiap penggal.
Ø Menyimpan rekod am semua ahli jawatankuasa.
Ø Mengurus hal-hal berkaitan surat-menyurat bagi pihak organisasi.
Ø Memanggil semua AJK untuk menghadiri syura atas arahan Presiden.
Ø Menyelaras semua urusan pentadbiran lujnah.
4. Timbalan Setiausaha
Ø Mengumpulkan setiap kertas kerja aktiviti yang telah diadakan.
Ø Mengumpulkan laporan setiap aktiviti yang telah diadakan.
Ø Menyelaras sistem fail setiap AJK.
Ø Memantau kebajikan setiap AJK.
Ø Membantu tugas – tugas Setiausaha Agung.
5. Bendahari Kehormat
Ø Menguruskan kutipan wang organisasi sekiranya AJK perlu membayar wang untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
Ø Menyimpan rekod wang organisasi.
Ø Merancang dan mengemukakan cadangan sumber kewangan dalam syura segala program.
Ø Mencatat pengaliran wang organisasi.
Ø Memastikan pengaliran wang organisasi digunakan di jalan yang sepatutnya.
Ø Menghantar penyata kewangan kepada Ketua Guru Penasihat atau Guru Penasihat BUSAS bagi tujuan semakan dan pengesahan.
Ø Melaporkan kedudukan kewangan BUSAS dalam Muktamar Sanawi.
Ø Memastikan tiada penyelewengan wang yang digunakan untuk sesebuah projek
5. Ketua-ketua Lujnah
Ø Memastikan ahli-ahli lujnah berperanan dengan baik.
Ø Mempengerusikan syura kecil bagi lujnah masing-masing.
Ø Menghantar laporan tugas lujnah masing-masing dalam syura.
Ø Membentangkan prestasi lujnah masing-masing dalam syura.
Ø Bertangggungjawab mengendalikan semua aktiviti lujnah yang telah dirancang dan dipersetujui dalam syura.
LUJNAH TARBIYYAH DAN TAFAQQUH ISLAMIAH
Guru Penasihat
Ustazah Siti Dzaliha binti Minhat
Puan Sarminah Binti Salim
Ketua Lujnah
Mohd Eazarizal Hakimiey Bin Yusoff
Ketua Syukbah Ta’lim dan Tazkirah
Ahmad Hazim Bin Norahmadi
AJK Lujnah
Wan Ahmad Syauqi bin Wan Abdul Rahim
Muhammad Azam Bin Paku Rozi
Muhammad Afif Ajmal Bin Sidek
Amirul Asyraf Bin Azhar
Ismail Bin Azran
Muhamad Ilmam Bin Muhamad Jamil
Wan Amirul Asyraf Bin Wan Shamsir Nizam
Muhammad Afieq Azwa Bin Azman
Muhammad Ikwan Sarifuddin Bin Ismail
Peranan Lujnah
Ø Mengatur dan melaksanakan program-program yang berorientasikan kerohanian dan spiritual.
Ø Memikirkan cara yang terbaik untuk mengembangkan semangat dakwah dalam kalangan ahli-ahli lujnah.
Ø Merangka dan melaksanakan kursus-kursus yang bersesuaian bagi para AJK.
Ø Mengadakan Kem Ibadah, kempen Penghayatan Islam dan sebagainya.
Ø Berusaha mewujudkan suasana Islam secara syumul di sekolah Sultan Alam Shah.
Ø Bertindak memberikan tarbiyyah (pendidikan) menyeluruh kepada para AJK dalam usaha menjalankan dakwah.
Peranan Syukbah Ta’lim dan Tazkirah
Ø Merancang dan melaksanakan tazkirah kepada para pelajar tentang kehidupan sebagai seorang Muslim yang beriman.
Ø Mengatur dan melaksanakan pengisian slot tazkirah pada majlis perhimpunan sekolah hari Jumaat.
Ø Mengatur dan melaksanakan pengisian slot ‘Haiya bil Arabiyyah’ pada majlis perhimpunan sekolah hari Jumaat.
Ø Mengatur dan melaksanakan pengisian slot tazkirah setiap kali selepas solat berjemaah subuh, asar dan maghrib.
LUJNAH MUSOLLA
Guru Penasihat
Ustaz Abu Mansur Al Maturidi
Ketua Lujnah
Muhammad Taufik Bin Awang
Ketua Syukbah Kebersihan
Mohamad Ehsan Bin Mohamad Rosdi
Ketua Syukbah Siaraya
Akhbar Amin Bin Mohamad
Ketua Syukbah Keceriaan
Muhammad Adli Bin Badiau Zaman
AJK Lujnah
Muhammad Munqeez Syahmi Bin Othman
Muhamad Faizal Bin Mohamad
Mohamad Amir Hisyam Bin Hazarudin
Muhammad Afiq Bin Jasmi
Muhammad Adil Wafi Bin Muhammad Zaini
Muhammad Adil Wahi Bin Muhammad Zaini
Muhammad Amin Bin Mazlan
Peranan Lujnah
Ø Memastikan musolla dalam keadaan yang terbaik daripada aspek kebersihan, keceriaan dan kekemasan.
Ø Bertanggungjawab ke atas semua harta musolla seperti Al-Quran, buku-buku, risalah-risalah, perabot, system siaraya, alatan elektrik, alatan pembersihan dan sebagainya.
Ø Membuat persediaan tempat bagi majlis-majlis yang diadakan di musolla.
Peranan Syukbah Kebersihan
Ø Memastikan musolla sentiasa berada dalam keadaan bersih pada setiap masa bagi menjamin keselesaan para jemaah musolla.
Ø Menyelaras dan menyusun jadual untuk program pembersihan surau.
Ø Bertanggungjawab ke atas alatan pembersihan musolla serta menyediakan laporan kerosakan alatan.
Peranan Syukbah Siaraya
Ø Memastikan alatan siaraya mencukupi dan berfungsi dengan baik.
Ø Melaporkan segala kerosakan alatan siaraya.
Ø Bertindak dengan segera dan efisien apabila mendapati sistem siaraya mengalami kerosakan.
Ø Menjaga alatan siaraya dengan baik dan merujuk kepada Presiden jika terdapat urusan peminjaman daripada pihak luar.
Ø Mengatur dan menyelaras segala pengumuman dan tayangan yang ingin dibuat di musolla.
Peranan Syukbah Keceriaan
Ø Memastikan papan kenyataan musolla sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan kemas.
Ø Menyelaras segala pengisian dan penyusunan papan kenyataan dan perabot.
Ø Menukar dan menampal informasi terkini pada papan kenyataan dari semasa ke semasa.
LUJNAH PENERBITAN
Guru Penasihat
Ustazah Nabilah binti Mukhtar
Ketua Lujnah
Muhammad Ikram Bin Ismail
Ketua Syukbah ICT
Muhammad Firdaus Bin Mohd Nor
Ketua Syukbah Dokumentasi
Umair Bin Zanil
AJK Lujnah
Abdul Hakim Bin Rosaidi
Amirul Hazim Bin Nazar
Iddin Zul Hakim Bin Ahmad Zulkarnain
Muhammad Iqbal Hamdi Bin Zolkiflie
Zharif Bin Zainal Abidin
Hafeez Bin Alias
Qurnia Sabbran Redha Bin Shahizan
Ahmad Nasri Bin Gazali
Peranan Lujnah
Ø Menerbitkan majalah atau risalah mengenai organisasi BUSAS 2010.
Ø Menghasilkan risalah bagi setiap program dan majlis yang dijalankan.
Ø Menerbitkan artikel-artikel yang mampu meluaskan pengetahuan para pelajar tentang agama Islam.
Peranan Syukbah ICT
Ø Menerbitkan Sautul Jumaat pada setiap hari Jumaat bagi para jemaah Solat Jumaat di musolla.
Ø Menerbitkan Sautul Islam yang diisi dengan tatapan rohani untuk warga Alam Shah dari semasa ke semasa.
Ø Berusaha menjadikan Sautul Islam sebagai wadah pengantara yang penting dalam kalangan warga Alam Shah.
Ø Menyelaras dan menguruskan laman web BUSAS (http://busas.blogspot.com/) dengan baik dan kemas.
Ø Menerbitkan berita dan informasi terkini mengenai BUSAS di laman web.
Ø Mendapatkan informasi Islam yang sebaiknya daripada internet.
Peranan Syukbah Dokumentasi
Ø Mencatat rumusan segala aktiviti yang dijalankan.
Ø Mendapatkan sumber berkaitan aktiviti (brosur, pamplet, dll).
Ø Mengambil gambar setiap aktiviti.
Ø Bekerjasama dengan Setiausaha Agung dalam penyediaan laporan aktiviti.
LUJNAH NAQOBA’
Guru Penasihat
Ustazah Rusuwati Binti Othman
Ustaz Fakhrurrazi Bin Arifin
Ketua Lujnah
Ainul Hazeem Bin Ainuddin
Ketua Syukbah Ilmiah Dan Bahan Usrah
Mohd Azfar Bin Mohd Raffidi
AJK Lujnah
Norhisyam Bin Rosli
Muhammad Nazmi Bin Ahmad
Wan Mohd Azril bin Wan Hasnuddin
Khairul Afif Hazim bin Khairul Nisak
Mohamad Azmin bin Zainuddin
Azizi Bin Arbain
Muhammad Najmi Bin Zainudin
Amirul Faiz Bin Nornizam
Ahmad Maheer Bin Khusaini
Peranan Lujnah Naqoba’
Ø Menerajui usrah pelajar setiap minggu.
Ø Menyelaras dan melaksanakan usrah bagi para naqib.
Ø Menyelaras dan melaksanakan halaqah Al-Quran untuk para pelajar baru
Ø Berusaha menjadikan usrah sebagai perantara sampingan selain pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam didalam kelas.
Peranan Syukbah Ilmiah dan Bahan Usrah
Ø Menyediakan bahan usrah kepada para naqib untuk dibentangkan.
Ø Menyediakan segala alatan keperluan dalam usrah.
Ø Sentiasa mencari dan menyediakan bahan-bahan usrah terkini
Ø Membuat laporan untuk setiap usrah yang diadakan.
LUJNAH KEBAJIKAN DAN BAITULMAL
Guru Penasihat
Ustaz Ramli bin Ahmad
Ketua Lujnah
Muhammad Faeeq Wafiy Bin Rosli
Ketua Syukbah Islamic Outreach
Mohd Nor Iqbal Bin Abdul Aziz
AJK LUJNAH
Muhammad Azrin Bin Mohd Nor
Muhammad Mustaqim Bin Ahamad Huzaini
Muhammad Aizat Bin Nizam Shah
Mohamad Arif Afzal Bin Mohamad Amin
Muhamad Afiq Bin Muhamad Bazli
Yusoff Bin Mohamed
Megat Imran Ikram Bin Megat Kamarudin
Muhammad Faris Bin Rosnan
Peranan Lujnah
Ø Menjaga kebajikan AJK BUSAS serta seluruh pelajar Sekolah Sultan Alam Shah yang berkaitan dengan agama Islam.
Ø Mengadakan infaq (derma kilat) setiap kali berlakunya musibah yang besar ke atas warga Alam Shah.
Ø Menyelaras serta menguruskan pengurusan puasa sunat bagi para pelajar.
Peranan Syukbah Disiplin
Ø Berusaha memantapkan disiplin AJK BUSAS dan pelajar Alam Shah terutamanya daripada aspek kerohanian.
Ø Melakukan pemantauan terhadap segala tanggungjawab yang dijalankan oleh AJK.
Ø Melaporkan salah laku disiplin AJK kepada Guru Penasihat.
Peranan Syukbah Islamic Outreach
Ø Merancang dan menyelaras sebarang lawatan dan aktiviti kerohanian di luar sekolah.
Ø Menjalinkan hubungan silaturrahim dan bertukar-tukar pendapat dengan Badan Dakwah dan Rohani daripada sekolah-sekolah lain.
SENARAI SEMAK BUSAS 2010
a) Pengurusan Organisasi
AGENDA | CATATAN |
Syura AJK bersama pentadbir | - sebulan sekali |
Syura AJK BUSAS bersama AJK Tertiggi BUSAS | - sebulan sekali |
Peralatan Kerja | - computer - pendrive |
Sistem Fail | - Disemak setiap bulan olehPresiden - Disahkan oleh Ketua Guru Penasihat setiap bulan |
Laman Web Organisasi | |
Peti Cadangan | |
Buku Log Laptop, buku ilmiah | -Selesai- |
Takwim Tahunan | |
Logo Organisasi | -Selesai- |
Tag Nama AJK | -Selesai- |
T-Shirt Organisasi | -Selesai- |
Kursus AJK | |
Pendokumentasian Aktiviti | - kamera - video kamera |
b) Pengurusan Surau
AGENDA | CATATAN |
Papan Kenyataan | Saudara Adli Badiauzaman |
Carta Organisasi BUSAS | Saudara Adli Badiauzaman |
Pengurusan Alatan Siaraya | Saudara Akhbar Amin |
Pengumuman dan Tayangan | AJK Tingkatan 4 |
Skuad Subuh | Semua AJK terlibat dan berjadual |
Tazkirah Subuh | - prioriti kepada AJK Tingkatan 4 dan 5 |
Tazkirah Asar | - prioriti kepada AJK Tingkatan 4 dan 5 |
Tazkirah Maghrib | - prioriti kepada AJK Tingkatan 4 & Tingkatan 5 |
Bilik Taranum dan Ilmiah | - Dibawah pemantauan Presiden |
Program Pembersihan Surau Harian | - Pemantauan oleh Ketua Lujnah Musolla |
Program Pembersihan Surau Perdana | - Semua AJK BUSAS terlibat |
Kelengkapan Alatan Pembersihan | - Pemantauan oleh Ketua Lujnah Musolla |
Rak-rak dan Perabot | - Pemantauan oleh Ketua Lujnah Musolla |
Kelengkapan Ibadah (sejadah, Al-Quran, dll) | - Pemantauan oleh Ketua Lujnah Musolla |
Perkakas Elektrik | - Pemantauan oleh Ketua Lujnah Musolla |
Rak Kasut | - Permohonan oleh Ketua Lujnah Musolla |
Sudut Ilmiah | - Pemantauan oleh Ketua Lujnah Tarbiyyah |
Kelengkapan Solat untuk Muslimah | - Pemantauan oleh Ketua LujnahMusolla |
Penjagaan dan Penaik tarafan Tandas | - Pemantauan oleh Ketua Lujnah Musolla |
c) Program di Sekolah
AGENDA | PELAKSANAAN | MASA |
Usrah Naqib | Prioriti kepada AJK Tingkatan 4 dan 5 | 1 x Seminggu (KONSIS) |
Usrah 1 Alam Shah | Prioriti kepada AJK Tingkatan 4 dan 5 | 1 x Seminggu |
Tazkirah Jumaat | Prioriti kepada AJK Tingkatan 4 dan 5 | Setiap Hari Jumaat |
Kempen Penghayatan Islam | Mohamad Nur Azrin Bin Mohd Nor | Julai |
Sambutan Isra’ Mikraj | Muhammad Nazmi Bin Ahmad | Julai |
Sambutan Maulidur Rasul | Muhamad Faizal Bin Mohamad | 3 Febuari 2010 |
Nuzul Quran | Muhammad Munqeez Syahmi bin Othman | Ogos dan September |
Al-Ma’thurat | Semua AJK | Setiap hari selepas asar dan selepas subuh |
Haiya bil Arabiyyah | Setiap Jumaat | Semasa perhimpunan |
Amalan Doa-doa Harian | Semua AJK | Setiap solat |
Tilawah Al-Quran | Prioriti kepada AJK Tingkatan 4 dan 5 | Setiap hari |
Amalan Ayat Hafazan | Semua AJK | Setiap hari |
Program Sujud Syukur | AJK Tingkatan 4 dan 5 | Setiap Hari Selepas Solat Maghrib |
Qiamullail Mingguan | AJK Tingkatan 4 dan 5 | 1 x Seminggu |
Qiamullail Kepimpinan | Mohd Fadzrul Hanif Bin Fadzilah | 2 Bulan Sekali |
Program Catatan Khutbah | Fazzmal Huzairie Bin Jamaludin | 1 x Seminggu |
Daurah Bulanan | AJK Tingkatan 4 dan 5 | |
Daurah Perdana | AJK Tingkatan 4 dan 5 | |
Halaqah Al-Quran Tingkatan 1 | AJK Tingkatan 4 | |
Tasmik Hafazan AJK | Semua AJK | 1 x Sebulan |
Yassin dan Tahlil | AJK Tingkatan 4 dan 5 | |
Program Puasa Sunat | Muhammad Faeeq Wafiy bin Rosli | Setiap Isnin dan Khamis |
Kempen Memberi Salam | Mohamad Nor Iqbal Bin Abdul Aziz | Jun |
Kempen Menutup Aurat | Fazzmal Huzairie Bin Jamaludin | Jun |
Sautul Islam / Sautul Ramadhan | Abdul Hakim bin Rosaidi | 1 x Sebulan |
Kursus Imam & Bilal | Mohd Azfar Bin Mohamad Raffidi | Jun |
Kursus Pengurusan Jenazah | Noorhisyam bin Rosli | Ogas |
Kursus Umrah & Haji | Muhammad Mustaqim Bin Ahmad Huzaini | Mei |
Lawatan Luar | Khairul Arif bin Razali | Febuari |
Bacaan Yaasin & Solat Hajat PMR & SPM | Mohd Fadzrul Hanif bin Fadzilah | Ogas |
Program Khatam Al-Quran | September | |
Khidmat Masyarakat (Melawat Masjid) | Wan Ahmad Syauqi bin Wan Abdul Rahim | Jun |
Anugerah Uswatul Hasanah | Muhamad Firdaus Bin Mohd Nor | 1 x sebulan |
Forum Perdana Hal Ehwal Islam | Mohd Eazarizal Hakimiey bin Yusoff | Mei |
Kem Motivasi Pelajar Tingkatan 4 | Iddin Zul Hakim bin Ahmad Zulkarnain | Febuari |
Majlis Akikah/Korban/ Penyembelihan | Muhammad Zharif Bin Zainal Abidin | Oktober |
Bulan Penghayatan Ramadhan | Muhammad Azam bin Paku Rozi | Ogas / September |
Sambutan Aidil Fitri | Amirul Hazim bin Nazar | Oktober |
Kursus Pemantapan Naqoba | Ainul Hazeem Bin Ainudin | April |
Solat Sunat Hajat | Setiap Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis malam | |
Solat Sunat Taubat | AJK Tingkatan 4 dan 5 | Setiap Jumaat malam |
Solat Sunat Tasbih | AJK Tingkatan 4 dan 5 | Setiap Sabtu malam |
Solat Sunat Awwabin | AJK Tingkatan 4 dan 5 | Setiap Ahad malam |
Solat Sunat Dhuha | AJK Tingkatan 4 dan 5 | Setiap Pagi Ahad |
Hari Keluarga | Muhammad Iqbal Hamdi Bin Zolkifle | Mei |
Majlis Apreasiasi | Wan Ahmad Syauqi bin Wan Abdul Rahim | Oktober |
SYURA
Syura untuk para AJK BUSAS akan diadakan sekurang-kurangnya sekali sebulan bergantung kepada keadaan semasa. Syura bagi setiap lujnah pula akan diadakan mengikut keadaan semasa atas arahan Ketua Lujnah.
DISIPLIN AHLI JAWATANKUASA
Mana-mana AJK BUSAS yang terlibat dengan kes disiplin sekolah yang berat dengan sengaja akan digugurkan daripada jawatan yang disandang. Selain itu, AJK Tertinggi BUSAS serta Ketua Syukbah Disiplin juga memandang berat terhadap AJK yang menghadapi masalah peribadi untuk dilucutkan jawatannya. Namun, segala keputusan adalah di bawah kuasa dan budi bicara Guru-guru Penasihat BUSAS setelah syura dilaksanakan serta diputuskan rasional dan kepentingan bersama. Majlis ditangguhkan pada pukul 11.00 malam dan Tuan Pengetua, Guru Penolong Kanan (HEM) dan para guru penasihat dijemput menikmati sedikit hidangan ringan di kafeteria sekolah
Disediakan oleh,
(FAZZMAL HUZAIRIE BIN JAMALUDIN)
Setiausaha Agung BUSAS,
Sesi 2009/2010
Jun
Anugerah Uswatul Hasanah
Muhamad Firdaus Bin Mohd Nor
1 x sebulan
Forum Perdana Hal Ehwal Islam
Mohd Eazarizal Hakimiey bin Yusoff
Mei
Kem Motivasi Pelajar Tingkatan 4
Iddin Zul Hakim bin Ahmad Zulkarnain
Febuari
Majlis Akikah/Korban/ Penyembelihan
Muhammad Zharif Bin Zainal Abidin
Oktober
Bulan Penghayatan Ramadhan
Muhammad Azam bin Paku Rozi
Ogas / September
Sambutan Aidil Fitri
Amirul Hazim bin Nazar
Oktober
Kursus Pemantapan Naqoba
Ainul Hazeem Bin Ainudin
April
Solat Sunat Hajat
Setiap Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis malam
Solat Sunat Taubat
AJK Tingkatan 4 dan 5
Setiap Jumaat malam
Solat Sunat Tasbih
AJK Tingkatan 4 dan 5
Setiap Sabtu malam
Solat Sunat Awwabin
AJK Tingkatan 4 dan 5
Setiap Ahad malam
Solat Sunat Dhuha
AJK Tingkatan 4 dan 5
Setiap Pagi Ahad
Hari Keluarga
Muhammad Iqbal Hamdi Bin Zolkifle
Mei
Majlis Apreasiasi
Wan Ahmad Syauqi bin Wan Abdul Rahim
Oktober
SYURA
Syura untuk para AJK BUSAS akan diadakan sekurang-kurangnya sekali sebulan bergantung kepada keadaan semasa. Syura bagi setiap lujnah pula akan diadakan mengikut keadaan semasa atas arahan Ketua Lujnah.
DISIPLIN AHLI JAWATANKUASA
Mana-mana AJK BUSAS yang terlibat dengan kes disiplin sekolah yang berat dengan sengaja akan digugurkan daripada jawatan yang disandang. Selain itu, AJK Tertinggi BUSAS serta Ketua Syukbah Disiplin juga memandang berat terhadap AJK yang menghadapi masalah peribadi untuk dilucutkan jawatannya. Namun, segala keputusan adalah di bawah kuasa dan budi bicara Guru-guru Penasihat BUSAS setelah syura dilaksanakan serta diputuskan rasional dan kepentingan bersama.
(FAZZMAL HUZAIRIE BIN JAMALUDIN)
Setiausaha Agung BUSAS,
Sesi 2009/2010.
(riwayat Muslim)
Kata-kata Pujangga
(anonymous)
Renungan Musafir
yang hilang diganti,
yang sesat dicari,
yang luka diubati,
yang baik disayangi,
yang nakal dinasihati,
yang hebat disanjungi,
yang berbudi dipuji,
yang rosak dibaiki,
yang amanah dihormati,
kini...
yang pergi senantiasa diingati,
dekat di hati...
musafirku!!!pergillah...
(roger)




