Ahad, Julai 05, 2009

Alamat E-mel BUSAS

Sebarang maklum balas terhadap kami bolehlah di-emel ke alamat busasib@yahoo.com

Jumaat, Jun 26, 2009

Bergurau Cara Rasulullah

Dikisahkan dalam sebuah riwayat, ada seorang lelaki meminta pada Rasulullah agar Rasulullah membawanya di atas kenderaan. Kemudian, Rasulullah bersabda, "Aku akan membawamu di atas anak unta."

Orang tersebut menjadi hairan kerana ia hanya melihat seekor unta dewasa, bukan anak unta. Kemudian, Rasulullah bersabda, "Bukankah yang melahirkan unta itu seekor unta juga?" (HR Abu Dawud & Tirmidzi).

Bergurau atau berkelakar adalah perencah dalam berkomunikasi yang biasa kita lakukan dalam pergaulan seharian. Sebagai tanda persahabatan, hal tersebut sudah menjadi lumrah dalam percakapan seseorang. Di samping dapat menghibur, bergurau juga dapat menjadikan suasana semakin akrab, menghilangkan rasa bosan, dan meredakan amarah, kerana dalam berkelakar muncullah benih persahabatan dan persaudaraan.



Pernah suatu ketika, Sufyan bin Uyainah ditanya apakah bergurau itu termasuk perbuatan tercela? Ia menjawab tidak, "Bahkan, termasuk sunnah bagi yang dapat melakukannya sesuai dengan tuntutannya."
Dalam Surah An-Najmu (53) ayat 43, dijelaskan bahawasanya tertawa dan menangis adalah fitrah yang Allah s.w.t. anugerahkan pada manusia. Rasulullah s.a.w. pun menyebutkan bahawa melakukan perbuatan yang menyenangkan orang lain boleh dikategorikan sebagai kebajikan. "Senyummu untuk saudaramu adalah kebajikan (sedekah)." (HR Imam Ahmad).

Untuk mewujudkan suasana kelakar, hendaknya seseorang menjauhi perbuatan yang tidak terpuji, antaranya mengungkapkan perkataan kotor, dusta, berolok-olok, dan merendah-rendahkan orang lain hanya demi menjadikan suasana kelakar dan orang lain tertawa. Nabi s.a.w. bersabda, "Celakalah orang yang bercakap lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa." (HR Abu Dawud).

Selain perbuatan tersebut mengandungi cela dan dosa, Rasulullah sendiri tak pernah berkelakar dengan para sahabat kecuali di dalamnya mengandungi kebenaran dan fakta. Hal tersebut dapat kita temui dalam hadith Abu Hurairah r.a. bahawa para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah bergurau dengan kami." Rasulullah s.a.w. menjawab, "Sesungguhnya tidaklah aku berbicara, kecuali yang benar." (HR Tirmidzi).
Selain hadith di atas, ada satu contoh kelakar Rasulullah yang sangat terkenal, iaitu ketika Rasulullah didatangi oleh seorang nenek tua yang bertanya, "Apakah kelak saya boleh masuk syurga?" Nabi pun menjawab, "Tidak akan ada orang tua di dalam syurga."

Mendengar jawapan itu, spontan nenek tersebut menangis. Lalu Rasulullah berkata kepadanya bahawa kelak tidak ada orang tua di dalam syurga kerana semua ahli syurga akan kembali belia. Demikianlah bergurau ala Rasulullah, penuh dengan didikan.

*Tazkirah Perhimpunan Jumaat, 26/06/2009.
Dipetik daripada Majalah i Edisi Mei 2008.

Khamis, Jun 25, 2009

T-Shirt BUSAS 2009

AlhamduliLLAH, t-shirt BUSAS 2009 yang dinanti-nantikan selama ini akhirnya siap jua. Syukran jazilan diucapkan kepada Ketua Lujnah Kewangan, Akh Asyhraf yang telah bersusah-payah berusaha untuk menjayakan t-shirt tahun ini daripada lakaran design hinggalah siap untuk diedarkan kepada para AJK.

Siap untuk diedar. Cayalah Asyhraf.

Berikut merupakan design t-shirt tahun ini:-



Dengan beridentitikan SASIB (SAS Islamic Board), kali ini kami memilih kata-kata yang lebih bersemangat untuk disulam pada baju, agar setiap AJK sedar akan tugas utama kita di sini: Hamba kepada ALLAH, kuli kepada DAKWAH!!

Saudara Bendahari dan Presiden menggayakan baju baru. Ada gaya model bukan?

Selasa, April 21, 2009

Keputusan Pertandingan Marhaban antara Kediaman

Berikut merupakan keputusan Pertandingan Marhaban antara Kediaman seperti yang telah diumumkan ketika Malam Kemuncak Minggu Salam Jalinan Ukhuwah pada 16 April yang lalu:-

Johan : Zaa'ba
Naib Johan : Halimi Gemilang
Tempat Ketiga : Aminuddin Baki

Manakala kediaman Hishamuddin dan Dato' Onn telah meraih hadiah sagu hati. Pertandingan yang dijalankan sememangnya merupakan satu inisiatif yang kreatif dalam mempromosikan marhaban dalam kalangan pelajar. Diharapkan agar lebih banyak aktiviti yang serupa dapat dijalankan dalam memartabatkan seni keIslaman di kampus Alam Shah yang tercinta ini. Tahniah juga kepada para AJK pertandingan serta Lembaga Pengawas dalam menjayakan pertandingan ini.

Rabu, April 15, 2009

Pertandingan Marhaban Antara Rumah

Pada tanggal 13 April 2009 (9:30 malam), pihak pengawas Sekolah Sultan Alam Shah telah menganjurkan pertandingan Marhaban antara rumah kediaman sempena minggu Salam Jalinan Ukhwah tahun 2009. Pertandingan ini diadakan bertempat di Musolla Sekolah Sultan Alam Shah. Panel hakim terdiri daripada Ustaz Hasrul dan Ustaz Jamil yang turut merupakan hakim dan jurulatih professional pertandingan marhaban antara sekolah. Pertandingan berlangsung selama dua jam.


Selain itu, sebanyak lima buah rumah kediaman terlibat dalam pertandingan ini iaitu rumah kediaman Dato’ Onn, Halimi Gemilang, Hishamuddin, Aminuddin Baki dan Zaaba. Rumah kediaman Tan Sri Jamil Rais telah menarik diri. Persaingan antara rumah begitu sengit kerana masing-masing mempamerkan kebolehan mereka. Keputusan muktamad akan diumumkan pada malam kemuncak minggu Salam Jalinan Ukhwah pada 16 April 2009.


*Laporan disediakan oleh Amirul Hazim bin Nazar

Khamis, April 09, 2009

Risalah Tarbiyyah (Edisi April 2009)

Risalah Tarbiyyah

…kerana kadang-kadang kita terlupa.

Dipetik:

(http://assadulkalantani.blogspot.com/2008/04/manusiaalam-dan-alam-kemanusiaan.html)

Manusia yang kebingungan…….
“kenapa daun itu hijau?”.Seorang teman pernah bertanya di kampung.Saya kaget mendengar pertanyaan yang semacam itu.Kenapa langit biru,kenapa ayam tidak boleh terbang,kenapa ikan hidup di dalam air dan bermacam 1001 persoalan lagi yang kadang-kadang membuatkan kita bingung akan hakikat penciptaan.Namun disebalik kebingungan saya itu,persoalan-persoalan tersebut secara halus membawa kembali kita untuk merenung alam.

Kata Pak Idris Sardi,pemain biola terkemuka muzik itu baginya bahasa rasa yang punya jalinan yang tersendiri.Maka alam yang luas ini sepatutnya juga menjadi bahasa rasa untuk mengungkapkan keagungan penciptanya dalam cara yang paling halus.Kita banyak belajar daripada alam,alam mendatangkan ilham dan menzahirkan asosiasi antara kita dan tuhan.

Alam…….
Alam menjadi sumber ikhtisas manusia,memelihara hambaNya.Tanda cinta Allah kepada kita.Maka dari kerana hebatnya penangan alam ini.Manusia mengabadikan alam ini dalam segenap perkara hidup,terutama masyarakat Melayu.Pujangga dahulukala sering mengangkat tema alam dalam madah mereka.Nah,lihat sahaja pantun dan gurindam seloka masyarakat Melayu.
Gunung daik bercabang tiga,
sampan kolek tambat di muara,
malam cerah bulan purnama,
mengapa tuan bermuram durja?

Kebergantungan kita terhadap alam memang tiada disangkal.Satu lagi contoh pemotretan alam dalam budaya Melayu ialah dalam sebuah cerita jenaka rakyat di Kelantan ‘the cradle of Malay tradition’ kata budayawan kerana kekayaan tradisinya.

Mengikut cerita pada suatu hari harimau yang kemarahan ditipu oleh babi mengejar binatang itu keliling kampung.Babi yang ketakutan terus berlari hingga akhirnya terlanggar sebatang pohon ketereh(gajus).Maka dari itulah kenapa babi hidungnya kemik akibat dari impak perlanggaran itu.Pohon ketereh pula sehingga sekarang tumbuh condong kerana dilanggar babi itu.Kebetulan ketika itu seekor semut berda berdekatan.Diceritakan pinggang semut menjadi kecil akibat ketawa yang melampau melihat hidung babi yang cacat.Mendengar keadaan yang bising itu,biji ketereh(gajus) pun keluar dari buah untuk melihat apa yang terjadi,akibat terlalu lama keluar,buah tersebut menguncup lalu bijinya yang tidak sempat masuk tertinggal diluar buah.

Mengapa tuhan memerintahkan manusia melihat alam?Melihat kejadian unta<88:17>,burung-burung<67:19>,lebah membuat sarang<16:68> dan bermacam lagi.Maka jelasnya kerana dalam alam itu terdapat tanda bagi orang yang berfikir.Tanda apa?Yang jelas bukan tanda baca seperti noktah,koma,seru atau seringkali diakhiri tanda soal dalam pemikiran manusia.Bukan juga pen penanda(marker pen).Tapi lebih kepada papan tanda.

Sebagaimana ‘signboard’ yang mempunyai symbol untuk memberi ingatan kepada undang-undang trafik.Maka alam juga merupakan suatu metafora halus untuk memberi peringatan tentang ‘the ultimate Force’ yang menjadikan kita.Makanya kalau kita ingkar,tuhan juga akan mengenakan kompaun(tak boleh bayar dekat JPJ)

Tanah….
Mengapa Adam dijadikan daripada tanah?Jika kita sebaik-baik kejadian mengapa tidak dijadikan juga dari yang sesempurna ciptaan?Puas saya mencari signifikasi tanah dan manusia dan akhirnya saya temui satu konklusi.Pertama kerana dari tanah itu tumbuhnya hidupan.Maka apabila kita merenung alam sepertinya kita kembali kepada asal kejadian.betapa dekatnya kita dengan tanda kekuasaan Allah.maka bukan sekadar merenungi tapi merasai alam itu dalam diri.

Kedua kerana Allah telah mewujudkan satu metafora yang cukup cantik.Tanah yang subur memerlukan air.Jadi ibadah justeru penting kerana dimulai dengan wuduk.Sebagaimana hujan dan bumi,begitulah wuduk menyuburkan iman didalam diri kita.jadi apabila jiwa kita ini telah subur akan tumbuhlah rumput yang cekal hati itu,yang punya survival biar dicampak ke gurun Sahara mahupun tundra Artik.Inilah iman yang kita mahu.

Ketiganya kerana tanah itu wujudnya bermacam-macam,tidak satu jenis.Adanya tanah pasir,tanah liat,tanah aluvium,tanah laterit,kaolin dan sebagainya.Sebegitu jugalah manusia yang punya bermacam ragam.Jadi dalam dakwah ini kita seharusnya lebih kreatif untuk mendepani masyarakat.menerangkan Islam kepada anak kecil sudah pasti tidak sama dengan orang dewasa.


Alam Kemanusiaan…..
Putus bicara saya namun alam tetap dengan gemersik melodi rimbanya.Manusia dewasa dari alam.Alam itu nirmala.Maka kita harus menjadi lebih ekstrovert dalam batas dengan langkah pragmatic untuk mencorak alam kita pula.Teman juga pernah mengungkap,kenapa orang asli tidak wujud pula masalah social?

Jawapan mudah saya kerana mereka mengalamkan manusia,bukan memanusiakan alam.Budayawan barat mengungkap primitifnya manusia purba kerana mereka dikuasai alam.Jadi kita menjadi moden kerana kita menguasai alam.namun lihat sahaja sekeliling.impaknya terlalu besar.Hingga akhirnya kita terpaksa tunduk semula kepada kuasa alami.

Jelas bukan kasusnya dengan hal orang asli.mereka mengolah rimba dalam cara yang paling halus.Maka rimba mendidik mereka supaya patuh kepada hukum alam,atau sunnatullah lebih jelas lagi.Fikir-fikirkanlah kembali kewajaran kita dalam membentuk alam kemanusiaan.

“katakanlah:perhatikanlah apa-apa yang dilangit dan dibumi,Tetapi tidak bermanfaat keterangan dan peringatan bagi kaum yang tiada beriman”<10:101>

“andai agama dikias seperti pohon tebu,dan zaman-zaman masyarakat Islam itu dikelas mengikut ruas,pasti kita berada di pucuk,ruas paling tawar kerana kurangnya manis Islam”

*Risalah Tarbiyyah akan insya-Allah diterbitkan pada setiap bulan oleh Lujnah Tarbiyyah.

Rabu, April 08, 2009

Suara Asal

Dalam satu kisah, ada seekor anak harimau yang telah terpisah daripada ibunya. Akhirnya anak harimau itu telah bertemu dengan sekawan kambing, dan akhirnya ikut bersama dengan anak-anak kambing itu. Ia telah membesar dalam kawanan kambing tersebut. Makan, minum dan bermain dengan anak-anak kambing.


Hari demi hari, bulan demi bulan. Sehingga ia terlupa siapakah ia sebenarnya. Pada satu hari, sekumpulan anak kambing telah berpakat untuk membuli anak harimau tersebut. Mereka mula mengejek-ejek anak harimau itu. Daripada ejeken, kini mereka menanduk-nanduk si anak harimau.

Oleh kerana tidak tertahan ditanduk di sana sini, anak harimau itu mula meminta tolong, dengan suara seekor kambing, "Embeeek...! Embeeeeek...!" Semakin ia meminta tolong, semakin galak anak-anak kambing menanduknya. Akhirnya, oleh sebab tidak tertahan lagi dek kesakitan yang ditanggungnya, tiba-tiba terkeluar suara asal seekor harimau, "Auummm...! Auuuumm...!"

Anak-anak kambing itu terkejut dan kebingungan, lalu terus bertemoiaran lari. Akhirnya, 'suara asal' seekor harimau telah terkeluar, dan terzahirlah kesan atau impak yang sungguh hebat!! Umat ini begitu juga. Kita telah terlalu leka, sehingga kita telah lupakan 'suara asal' kita! Kita lupa, sebagai umat Muhammad yang mempunyai kalimah laa ilaha illa Allah, kita ada suara yang tersendiri. Oleh sebab telah berkurun lamanya kita terkesan dengan suara orang lain, maka kita juga mula bersuara dengan suara orang lain. Kita hampir lupa secara total, bagaimanakah suara kita yang sebenar.

Kita di sini merujuk kepada umat secara amnya. Maknanya, kita secara umat telah terlupa bagaimanakah suara asal kita yang sebenarnya. Apabila kita telah hilang suara asal umat ini, maka segala kehebatan, ketinggian dan kemuliaan umat ini turut juga hilang samalah seperti cerita anak harimau tadi.

*Tazkirah Jumaat 03/04/2009.
Dipetik daripada buku 'Azan:Dakwah yang Sempurna' karya Ust Mohd Gunawan Che bin Aziz.