Banyak juga aktiviti yang berlaku sepanjang lebih kurang seminggu setengah yang lepas. Pada malam 27 Februari yang lepas, telah diadakan Malam Kemuncak Skim Lencana Antidadah (SLAD) bersempena dengan sambutan minggu SLAD peringkat sekolah. Yang membanggakan ialah saudara Timbalan Setiausaha kita, Akh Fadzrul telah dinobatkan selaku Johan pertandingan mendeklamasikan sajak. Piergh.. Bergaya sungguh saudara kita ni bersajak pada malam tu.


Malam seterusnya (Sabtu malam Ahad), qiamullail mingguan yang kedua buat tahun 2009 telah dilaksanakan. Buat masa ini, para pelajar masih lagi mampu memberikan komitmen dalam ibadah sunnah mereka. Moga-moga usaha kita semua akan istiqamah hingga ke akhir tahun, insya-Allah.


Hari kemudiannya, para AJK Tertinggi berserta beberapa AJK BUSAS junior telah melaksanakan halaqah bersama Ustaz Halimi buat kali pertamanya di dalam Bilik Operasi BUSAS. Jika selama ini halaqah hanya dijalankan secara terbuka di koridor surau, alhamdulillah kali ini kita dapat jalankan di dalam bilik yang lebih selesa.


Sepanjang minggu ini pula, para pelajar telah bertungkus-lumus memerah otak untuk menghadapi Ujian I. Walaupun dalam keadaan yang sibuk, para AJK BUSAS masih lagi bersemangat dalam melaksanakan tugas masing-masing. Insya-Allah, jika beginilah sikap kita, Allah akan menganugerahkan keputusan yang cemerlang bagi kita, sama ada dalam Ujian I yang lepas mahu pun peperiksaan-peperiksaan major yang bakal dihadapi nanti.

Bendahari Kehormat, Akh Fadhil sedang asyik mengulang kaji pelajaran.

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, maka Allah akan menolong kamu serta meneguhkan kedudukanmu."
(Surah Muhammad : 7)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daripada Abu Hurairah r.a , Nabi s.a.w bersabda " Islam bermula dalam keadaan terasing.Ia akan kembali terasing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah bagi orang yang terasing."

(riwayat Muslim)

Kata-kata Pujangga

Ilmu pengetahuan adalah lidah yang selalu basah bertanya dan akal yang selalu berfikir.

(anonymous)

Renungan Musafir

dulu...

yang hilang diganti,
yang sesat dicari,
yang luka diubati,
yang baik disayangi,
yang nakal dinasihati,
yang hebat disanjungi,
yang berbudi dipuji,
yang rosak dibaiki,
yang amanah dihormati,

kini...

yang pergi senantiasa diingati,
dekat di hati...

musafirku!!!pergillah...

(roger)
Terdapat ralat dalam alat ini