Suara Asal

Dalam satu kisah, ada seekor anak harimau yang telah terpisah daripada ibunya. Akhirnya anak harimau itu telah bertemu dengan sekawan kambing, dan akhirnya ikut bersama dengan anak-anak kambing itu. Ia telah membesar dalam kawanan kambing tersebut. Makan, minum dan bermain dengan anak-anak kambing.


Hari demi hari, bulan demi bulan. Sehingga ia terlupa siapakah ia sebenarnya. Pada satu hari, sekumpulan anak kambing telah berpakat untuk membuli anak harimau tersebut. Mereka mula mengejek-ejek anak harimau itu. Daripada ejeken, kini mereka menanduk-nanduk si anak harimau.

Oleh kerana tidak tertahan ditanduk di sana sini, anak harimau itu mula meminta tolong, dengan suara seekor kambing, "Embeeek...! Embeeeeek...!" Semakin ia meminta tolong, semakin galak anak-anak kambing menanduknya. Akhirnya, oleh sebab tidak tertahan lagi dek kesakitan yang ditanggungnya, tiba-tiba terkeluar suara asal seekor harimau, "Auummm...! Auuuumm...!"

Anak-anak kambing itu terkejut dan kebingungan, lalu terus bertemoiaran lari. Akhirnya, 'suara asal' seekor harimau telah terkeluar, dan terzahirlah kesan atau impak yang sungguh hebat!! Umat ini begitu juga. Kita telah terlalu leka, sehingga kita telah lupakan 'suara asal' kita! Kita lupa, sebagai umat Muhammad yang mempunyai kalimah laa ilaha illa Allah, kita ada suara yang tersendiri. Oleh sebab telah berkurun lamanya kita terkesan dengan suara orang lain, maka kita juga mula bersuara dengan suara orang lain. Kita hampir lupa secara total, bagaimanakah suara kita yang sebenar.

Kita di sini merujuk kepada umat secara amnya. Maknanya, kita secara umat telah terlupa bagaimanakah suara asal kita yang sebenarnya. Apabila kita telah hilang suara asal umat ini, maka segala kehebatan, ketinggian dan kemuliaan umat ini turut juga hilang samalah seperti cerita anak harimau tadi.

*Tazkirah Jumaat 03/04/2009.
Dipetik daripada buku 'Azan:Dakwah yang Sempurna' karya Ust Mohd Gunawan Che bin Aziz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daripada Abu Hurairah r.a , Nabi s.a.w bersabda " Islam bermula dalam keadaan terasing.Ia akan kembali terasing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah bagi orang yang terasing."

(riwayat Muslim)

Kata-kata Pujangga

Ilmu pengetahuan adalah lidah yang selalu basah bertanya dan akal yang selalu berfikir.

(anonymous)

Renungan Musafir

dulu...

yang hilang diganti,
yang sesat dicari,
yang luka diubati,
yang baik disayangi,
yang nakal dinasihati,
yang hebat disanjungi,
yang berbudi dipuji,
yang rosak dibaiki,
yang amanah dihormati,

kini...

yang pergi senantiasa diingati,
dekat di hati...

musafirku!!!pergillah...

(roger)