
assalammualaikum.... pertama sekali syukran alhamdulillah blog ini berjaya dikemaskini.. Selama tempoh 6 minggu persekolahan 2010, BUSAS semakin hari semakin banyak penambah baikkan... Hatta dalam segala segi sekalipun... Ana mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK BUSAS 2010 yang banyak memberi sokongan kepada dalam menjalankan amanah masing-masing. Percayalah, dalam kita mengajak sahabat seperjuangan mendekati Allah, semestinya Allah akan membantu kita dalam urusan kehidupan sehari-harian. Ana mengharapkan agar setiap daripada kita merasakan diri masing-masing adalah orang yang terpenting dalam organisasi BUSAS ini kerana kita perlu kekuatan pasukan untuk terus berjuang di atas jalan Allah yang Esa ini. Janganlah kita mudah berputus asa. Kembali berbincang sesama AJK BUSAS jika terdapat sebarang masalah. Insyaallah masalah akan dapat diselesaikan bersama. Wassalam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan